Friday 2 October 2020

Rumusan


Oleh itu, perpaduan dan integrasi rakyat dalam sebuah negara berbilang kaum sukar dicapai tanpa pendedahan awal yang berstrategik, keintiman,persefahaman semua pihak, kepercayaan dan pegangan kukuh terhadap ajaran agama, di samping menghayati dengan penuh keinsafan intipati dan kandungan tersurat dan yang tersirat dalam kesemua prinsip rukun negara. Kini kita berada dalam era globalisasi dan liberalisasi. Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insya-Allah perpaduan di Malaysia dapat dikekalkan sampai bila-bila.Sudah terang lagi bersuluh, terdapat banyak kepentingan bahkan mengetahui yang isu semasa seperti covid-19 yang tengah melanda di seluruh dunia ini dapat memupuk serta menunjukkan semangat perpaduan yang sangat baik sama ada masyarakat mahupun negara. Selain itu, terdapat pelbagai usaha dijalankan adalah demi menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Walaupun terdapat beberapa cabaran ataupun halangan, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang gigih dan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh tanggungjawab dan bersifat proaktif oleh semua pihak sudah pasti keharmonian, perpaduan dan integrasi nasional akan tercapai dengan restu dan perkenan Tuhan Yang Maha Berkuasa




AHLI KUMPULAN:


1. NURUL ALIA BINTI MOHAMAD NORDIN
              14DAT20F1041

2. NADIA SYAHIRAH BINTI SHARIN
              14DAT20F1036

3. AHMAD DANIAL ABQARI BIN MOHD ZAIDI
              14DAT20F1043

4. FARID HILMI BIN TAJUDIN
              14DAT20F1034


PENSYARAH: ENCIK MOHD FAIZAL BIN MAT PESA


USAHA YANG BOLEH DIJALANKAN UNTUK MEMANTAPKAN PERPADUAN

 

1.      Program Pemuafakatan Masyarakat
Program pemuwafakatan antara masyarakat setempat boleh diadakan melalui program-program ilmiah seperti ceramah motivasi, aktiviti keagamaan, Makan beradab, gotong royong, majlis perkahwinan dan sebagainya.




2.      Hari Keluarga dan Sukan Rakyat
Program yang melibatkan seluruh ahli masyarakat boleh diadakan. Pelbagai acara dijalankan melibatkan semua peserta. Selain dapat menghilangkan perasaan tertekan dengan bebanan tugas, program ini dapat membina persefahaman, keteguhan perpaduan dan perasaan kasih sayang dalam kalangan seluruh warga masyarakat.
   



3.      Acara kebudayaan dan kesenian
Pelbagai acara berbentuk kebudayaan dan kesenian rakyat boleh diadakan seperti permainan tradisi, boria, dikir barat, persembahan kebudayaan setiap kaum di Malaysia dan lain-lain lagi yang disertai oleh anggota masyarakat. Selain dapat berhibur, semua yang terlibat dapat memahami dan mematuhi peraturan yang digariskan.





4.      Majlis Sambutan Hari Raya, Ucapan Tahun Baru Cina dan Hari Deepavali
 Setiap kali menjelang hari perayaan, masyarakat melalui pertubuhan atau organisasi seperti JKKK atau NGO mengatur program yang melibatkan seluruh warga masyarakat. Beraneka jenis makanan yang dihidang dinikmati bersama. Sumbangan yang diperolehi dari pelbagai pihak disampaikan kepada mereka yang kurang berkemampuan. Ucapan selamat yang diberikan,disambut dengan penuh kemesraan dan dapat membentuk perasaan kasih sayang dan perpaduan rakyat berbilang kaum dalam komuniti tempatan.




5.      Aktiviti Riadah
Seterusnya, kerajaan perlu menggalakkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam pelbagai program yang dianjur pelbagai pihak seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Belia Malaysia, Jabatan Agama Islam, Rakan Muda, INMIND dan sebagainya. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah senamrobik, mencari harta karun, larian, Perarakan Sambutan Maulidur Rasul dan Ma’al Hijrah, Larian Merdeka dan sebagainya. Setiap ahli masyarakat dapat berinteraksi dengan peserta dari pelbagai kaum dan lapisan masyarakat. Mereka dapat memahami dengan lebih mendalam erti perpaduan dan perasaan hormat menghormati sesama masyarakat.




Isu Semasa Berkaitan Perpaduan

 

KUALA LUMPUR: Hal berkaitan perpaduan dan kesediaan negara berdepan peningkatan penularan COVID-19 adalah antara perkara yang bakal dibincangkan pada tahun ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, isu berkenaan terkandung dalam sesi soal jawab lisan yang akan diajukan Datuk Seri Rohani Abdul Karim (GPS-Batang Lupar) kepada Menteri Perpaduan Negara, berhubung perancangan Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN) peringkat kebangsaan yang baharu ditubuhkan dalam menangani isu dan cabaran perpaduan di Malaysia.

Isu berkaitan penularan wabak COVID-19 di negara ini turut menjadi tumpuan Ahli Parlimen apabila dua soalan mengenainya tersenarai dalam 10 soalan pertama pada sesi berkenaan.

Soalan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) memohon penjelasan kerajaan mengenai usaha yang dibuat Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam menyelesaikan isu berkaitan pelaksanaan ibadah yang timbul sepanjang penularan COVID-19.

Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) pula bertanyakan Menteri Kesihatan berhubung perancangan kementerian dalam kesediaan negara menghadapi penularan wabak pada masa akan datang termasuk sekiranya wabak COVID-19 kembali memuncak.

Sidang dewan yang memasuki hari ketujuh hari ini, dijadual menyambung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong.

Tumpuan juga dijangka terarah kepada pembentangan bacaan kali kedua bagi Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2019) 2020, Rang Undang-Undang Racun (Pindaan) 2019 dan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 2019 serta Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis 2019.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini, berlangsung selama 25 hari sehingga 27 Ogos berpandukan kebiasaan baharu dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19.