Oleh itu, perpaduan dan integrasi rakyat dalam sebuah negara berbilang kaum sukar dicapai tanpa pendedahan awal yang berstrategik, keintiman,persefahaman semua pihak, kepercayaan dan pegangan kukuh terhadap ajaran agama, di samping menghayati dengan penuh keinsafan intipati dan kandungan tersurat dan yang tersirat dalam kesemua prinsip rukun negara. Kini kita berada dalam era globalisasi dan liberalisasi. Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insya-Allah perpaduan di Malaysia dapat dikekalkan sampai bila-bila.Sudah terang lagi bersuluh, terdapat banyak kepentingan bahkan mengetahui yang isu semasa seperti covid-19 yang tengah melanda di seluruh dunia ini dapat memupuk serta menunjukkan semangat perpaduan yang sangat baik sama ada masyarakat mahupun negara. Selain itu, terdapat pelbagai usaha dijalankan adalah demi menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Walaupun terdapat beberapa cabaran ataupun halangan, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang gigih dan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh tanggungjawab dan bersifat proaktif oleh semua pihak sudah pasti keharmonian, perpaduan dan integrasi nasional akan tercapai dengan restu dan perkenan Tuhan Yang Maha Berkuasa
AHLI KUMPULAN:
PENSYARAH: ENCIK MOHD FAIZAL BIN MAT PESA
Isi yang Bagus untuk dijadikan contoh buat karangan
ReplyDeleteGood job 👍
ReplyDeleteTerbaik
ReplyDeleteSgt2 bermanfaat 👏
ReplyDeleteAmat berguna dan sangat bermanfaat
ReplyDelete